Monday 22 July 2013

Sebening Ramadhan

     Hari ini sudah 2 minggu umat islam menjalani ibadah puasa, aku yang pada waktu ini ada kelapangan duduk melepak di shopping kompleks. Bukan apa saja hendak menghabiskan masa sambil menunggu waktu berbuka puasa. Berbagai gelagat dan ragam yang dapat dilihat pada waktu ini, ada yang berjalan dengan rakan-rakan sambil ketawa terkekeh-kekeh...yang bersama keluarga pun ada juga, tak kurang juga yang jalan berseorangan. Cara berpakaian juga beraneka warna, ada yang berlitup habis dan ada juga yang terdedah sana-sini. Ramai juga yang keluar ada yang membeli baju... membeli persediaan untuk hari raya dan ada juga yang membeli alatan-alatan elektronik, jenis yang ni aku tahu sangat biasalah orang muda (lelaki) macam aku juga beberapa tahun yang lepas... kalau yang perempuan lak mesti tak lepas dgn baju kurung beberapa pasang... tak cukup sehelai hehe.
   
      Terpancar diwajah masing-masing riak kegembiraan, al maklumlah puasa sudah pun masuk ke pertengahan dan masih berbaki 17 hari sahaja lagi....kemudian seluruh umat islam akan meraikan hari kemenangan dengan tibanya 1 syawal. Meriahkan suasana puasa nak pulak bila menjelang hari raya semuanya menguntum senyum termasuk juga aku hehe. Tapi itu aku yang dahulu....iya aku yang dahulu sama juga seperti mereka gembira, teruja dan tak sabar menanti tibanya hari raya. Sekarang, hari ini 22 julai 2013 genap 13 hari kita berpuasa. Aku masih disini duduk dengan jiwa yang kosong, syawal yang bakal tiba tak lama lagi tidak ada maknanya bagiku. Aku kesunyian...sepi tanpa insan-insan yang pernah aku sayangi suatu masa dahulu, mereka ialah arwah datukku, arwah ayahku dan juga arwah nenekku. Sekarang yang ada hanyalah emak aku dan adik-beradikku yang lain, bukannya aku tak bersyukur tetapi jiwaku dan suasana rayaku terasa sepi dan sangat kosong. Sudahlah baru-baru ini aku ditinggalkan kekasih yang curang. Aku ingat dengan kehadiran dia akan kembali memberi sinar pada lembaran ini tetapi harapan hanya tinggal harapan....tidak putus-putus ujian yang engkau berikan, namun aku redha ya Allah adakah sinar kebahagiaan untukku dimasa hadapan yang hanya menumpang dibumi bertuah milikmu ini? (Al-fatihah buat ketiga-tiga insan yang aku sayangi moga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman amin).


   

Tuesday 9 July 2013

Tikam



Setelah berbulan lamanya kita kenal baru sekarang kau berubah hati, aku ingatkan tiada lagi kesakitan tetapi... Kau katakan yang kau tidak boleh melupakan orang yang kau cintai sedangkan orang itu hanya menganggap kau sebagai kawan tidak lebih dari itu. Sedarlah selama bertahun lamanya kau bertepuk sebelah tangan fikirlah sayang jika dia membalas cintamu bukan sekarang tetapi dari dulu lagi... lupakanlah dia kerana kau boleh berbuat begitu... untuk apa mengharap pada org yg tak sudi menerimamu tetapi kau tak mau. aku tanya kenapa? untuk apa? kau sedar yang dia takkan menjadi milikmu sedangkan aku ada disini menyintaimu sepenuh hati dan aku telah hadir di dalam hidupmu tetapi kau masih lebihkan dia. Kau kata tak pernah ada perasaan cinta padaku, kau tipu....kau dusta, aku tau kerana aku melihat kau bahagia dengan aku, kau berubah disaat menerima pesanan dari dia. Sayang aku takkan tinggalkan kau walau macamana sekali pun kerana itu janji aku, ops silap itu janji kita yang mana kita akan pertahankan hubungan ini. Andainya kau terus memilih dia ambil lah pisau dan tusuklah ke dadaku dengan matamu bertentangan mataku lihatlah kedalam mataku disaat kau menusuk pisau itu dan ludahlah muka ku dengan kebencian, aku redha dan rela diperlakukan begitu daripada kau memilih dia.

Thursday 27 June 2013

Cemburu / Jelousy

Cinta kalau bercakap pasal cinta ni memang tak sah pasti akan terselit perasaan cemburu, biaslah itu adalah asam garam bercinta sama juga dengan kehidupan....tiada cemburu maka tak sedaplah cinta tu...akan rasa hambar je hehe. Seperti insan lain yang bercinta aku juga tidak terlepas dari perasaan cemburu, yeah tak dinafikan aku ni kuat cemburu juga eh. Ingatlah sayang aku cemburu bersebab, kenapa mesti ada orang lain luahkan perasaan pada ayang mengenai masalah dia dengan cintanya, sedangkan orang itu mengenali aku kan lagi bagus jumpa aku sahaja. Sampaikan kata-kata ku ini pada orang itu. Semua masalah ini datangnya dari Allah jadi jumpa ayang dan luahkan perasaan pada ayang tak boleh selesaikan masalah bukan? Ada lebih baik orang itu berdoa dan mohon ampun kepada Allah minta padanya kerana soal hati dan cinta adalah anugerah dia yang maha pengasih. So... bukan hak kita untuk masuk campur urusannya, itu adalah ujian dari Allah kepada orang itu. Jadi sayang berilah nasihat pada orang itu sekali dua sahaja. Saya takut jika diberi perhatian oran itu akan jatuh cinta pada ayang pulak. Sudahlah cukup jangan layan lagi biarkan saja orang itu.
          hayati maksud di setiap gambar-gambar dibawah ini :)



     






Sooo....jangan cepat melatah pada pasangan anda yang cemburu ok selidik kenapa dan mengapa hehe Adios :)

Friday 21 June 2013

Sepi seorang perindu






Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Saturday 8 June 2013

99 Kali Rindu


Sedutan Filem 99 Kali Rindu setiap kali anda runsing atau tak tau apa yang hendak dilakukan.. jadikanlah video ini sebagai kata-kata semangat untuk anda berdiri semula bersama dengan insan yang tercinta :)







bicaralah dari hati, nescaya ia akan jatuh ke hati... insyaAllah

Thursday 6 June 2013

Kata-kata Cinta

Sudah masuk pun bulan june tapi masih belum update lagi blog ini, tak mengapa kali ini aku tak nak berbicara lebih...biarlah gambar ini sahaja yang berbicara untukku :)













Kesimpulannya hargailah orang yang sedang menyintai diri kita seadanya jika tidak orang yang selepas dia tidak mungkin sama caranya melayan kita, terimalah tanpa sebarang syarat.. cinta yang bersyarat adalah cinta  materialistik semata-mata kerana sesuatu benda.. cinta memang tak bersyarat namun haruslah menjaga kehormatan diri dan jaga tata susila semasa bercinta.

Thursday 30 May 2013

Wanita Isteri dan . . .

Assalamualaikum.

Aku tak mahu cakap banyak hanya ingin meluahkan kisah benar yang berlaku disekeliling kita dan ianya terjadi kepada rakan ku yang lama tak berjumpa.. melalui ceritanya hatiku terdetik untuk menyampaikan sedikit kata mengenai segelintir lelaki yang menganggap perempuan hanyalah peneman tidur sahaja.
Gambar dibawah ini diambil dari salah satu komuniti popular, aku hanya ingin berkongsi gambar ini untuk kita jadikan ingatan samada untuk diri sendiri dan juga kepada para pembaca.
Bukan nak tunjuk pandai tetapi renungkanlah ayat didalam gambar diatas, kepada lelaki diluar sana hargailah isteri anda sayangilah mereka seperti sewaktu kamu menyayangi mereka ketika bercinta dahulu. Masih belum terlambat untuk anda menjadi seorang suami yang baik, ini adalah salah satu tips untuk anda amalkan ketika marah... Bagi yang sudah berkahwin, atau jika anda jenis lelaki yang panas baran..
 semasa marah lihatlah kedalam mata isteri anda lihatlah, apa yang anda nampak? tenunglah mata isteri saat itu dan berhentilah sejenak apa yang anda nampak? adakah isteri anda itu adalah lawan anda? atau musuh anda? atau pesaing anda? jika anda lelaki sejati anda akan faham maksud di setiap soalanku ini.. Iya yang berada didepanmu itu adalah seorang wanita yang punya hati lembut ketakutan dengan sikapmu itu wahai kaum adam. lihatlah betapa takutnya isteri itu diperlakukan sebegitu. Isteri itu bukan lawanmu, musuhmu atau pesaingmu. tetapi isteri itu adalah teman seharianmu sepanjang hidup dan ibu kepada anak-anakmu  jadilah suami yang pelindung. kerana itu tanggungjawap suami yang paling berat. Maaf andai nurkilanku ini mencabar ego mu wahai kaum adam, sekadar menegur sesama kita :)

Tuesday 28 May 2013

Senyumlah Selalu :)

Waalaikumussalam.

Hujan sudah pun berhenti, kini mentari mula menyinari setiap pelusuk negeri sejauh mata memandang. Bunga ku kembali mekar di iringi dengan senyuman menawan.
Hmm tak kisah lah warna apa pun yang penting aku menyintaimu. Boling bagi chance ye? ok kita repeat haha, room rahsia tu biarlah rahsia ok? ;)

Kalau nak ke zoo boleh je.. nak pergi tengok nemo? itu pun boleh juga saya akan sentiasa menemanimu :)
syg juga telah mengembalikan senyuman diwajahku.. marilah bersama kita menuju kebahagiaan.. terima kasih bungaku kerana selama di uji begini, masih terus hidup dan tumbuh mekar :)

Kini aku tersenyum kembali... sayangku yell 




Tuesday 21 May 2013

Sekadar renungan untuk diri saya.. orang yang saya cintai dan saudara-saudara seagamaku




Sebidang Tanah

Tanah ini dahulunya berbunga
dijaga dan dibajai dengan kasih sayang
disirami setiap hari
hati ini girang melihat bunga menari
meliuk lentuk ditiup angin
bukan satu malah beribu
alangkah indahnya waktu itu
namun semua itu hanyalah kenangan
kini walupun di semai benih
dibajai dengan jerit perih
ianya tetap tak berbunga
lantaran hujan yang berpanjangan
aku tidak berputus asa
hujan rahmat sudah turun 
kuharap sinar mentari akan menyuluh
menerangi tanah kontang ini
dan tumbuhlah bungaku

kembali memenuhi tanah ini
aku menantimu dan merinduimu

Thursday 16 May 2013

AKU TETAP DISINI BERTAHAN

Sayang andai masih kau ingat suatu waktu dahulu kita pernah berjanji akan pertahankan cinta ini, biar apa pun yang melanda kita tetap bersama berdiri kukuh dan teguh. Akan kita tangkis segala tohmahan dan ancaman yang memang hendak melihat kita tewas dan gugur jatuh, musuh kita sentiasa mencari peluang untuk menguburkan cinta kita. Tetapi mereka tidak berani menentangku jadi mereka terus pergi kearahmu, ya sayang untuk menghancurkan cinta kita mereka tahu dimana kelemahanku, tidak lain dan tidak bukan adalah sayang. Harus di ingat sayangku aku masih tetap berdiri kukuh disini dan aku memerlukanmu bagunlah dan berdiri bersamaku kembali... jangan biar anasir-anasir jahat ini menjatuhkan kita kerana aku keseorangan serta memerlukanmu kamulah jiwaku, kamulah semangatku dan kamulah nyawaku. Sayang sedarlah aku merayu padamu jangan biarkan mereka ini tertawa puas, ayuh bangkit dan tentang mereka jangan benarkan hatimu diracuni oleh pemikiran dan tohmahan mereka.. tolonglah daku. Sesungguhnya aku sangat-sangat memerlukan kamu sayangku. Jangan biarkan aku keseorangan begini sayang, sedarlah..

Wednesday 15 May 2013

Dengarlah Kataku Ini Sayangku

Hari ini aku tersentap dengan pengacau suasana, maksud aku perosak suasana.. sedang aku bergembira dengan insan yang aku cintai tiba-tiba sidia terus poof tinggalkan aku termanggu sendirian. aku yang terkejut tak tahu apa puncanya mula kaget. Mula-mula aku call dua kali tapi sidia tak angkat, kemudian aku mesej baru dia reply rupanya sidia salah anggap pada aku. Sidia ingat aku suka sangat dengan pengacau tu, sedangkan aku pada waktu itu aku menunggu sidia dengan sabar. Tapi perosak itu lah yang menjadi puncanya... aku takkan maafkan kamu wahai perosak suasana. Pengacau janganlah kamu ganggu aku lagi, sedangkan masa kamu diberi pilihan samada aku atau org lain, kamu perosak memilih org lain.. jadi aku berjanji takkan mengganggu kamu lagi. Tetapi kenapa setelah org itu tolak kamu dan dengan muka tak tau malu kamu datang terhegeh-hegeh dekat aku menganggu? Tolonglah jangan ganggu aku lagi otak kau letak kat mana ha??? tak faham bahasa ke? aku boleh hormat kau wahai pengacau tetapi bila aku sedang gembira dengan insan yang tersayang kenapa kamu hendak ganggu hubungan kami wahai pengacau? Kepada sidia insan yang aku sayang janganlah begini aku menyayangi mu, aku tak sanggup kehilanganmu sayangku, hanya kamu sahaja yang aku mahu balaslah mesejku dan jumpalah aku. AKU TAK SANGGUP KEHILANGANMU SAYANG LOVE U SO MUCH

Sunday 5 May 2013

Sayangku

 Beberapa minggu yang lepas, aku ada menghadiri upacara akad nikah kawan sekerja. Bila melihatkan suasana ceria sebegitu hatiku pula teringin berada di tempat seperti dia... manakan tidak, hari itu status kita telah berubah dari single to married dgn org yg kita sayang sangat-sangat. Aku pun berdoa di dalam masjid tempat berlakunya upacara akad nikah tersebut. Alhamdulillah hubungan kami bertambah rapat aku begitu menyayangi dan menyintainya dan aku tidak sanggup kehilangannya. tetapi sidia mengatakan ada seseorang yang tidak dikenali ingin berkenalan dengannya melalui handphone, hatiku saat itu sudah mula dilanda ribut. Aku resah, gelisah dan takut yang amat sangat, takut kehilangan dia. Sayangku jika kamu membaca tulisanku ini ketahuilah yang aku amat menyintai kamu sepenuh hati dan aku jujur-sejujurnya tiada orang lain selain kamu sayang                   

Thursday 11 April 2013

Kita Saling Memerlukan

12 tahun ya.. 12 tahun aku tidak merasa nikmat cinta kalau pun ada ianya sekadar untuk mengisi masa lapang... nama sahaja ada teman (special someone) tetapi indah khabar dari rupa. Aku rasa kosong.. kosong dan selama itulah kerja ku dirasakan satu beban bukan ibadah dan bukan keperluan.

Liku-liku hidupku sama sahaja setakat ini pagi pergi kerja dan petang balik rumah dan kemudian tiada apa-apa aktiviti yang berlangsung. Kawan ajak keluar pun aku tolak haha.. iyalah aku selesa begitu menyendiri. Tapi kita hanya mampu menduga tanpa mengetahui apa yang akan terjadi sebentar nanti, dan ianya memang mengubah pendirianku selama ini (Single Is Better) atau (I Don't Need You're Heart I've My Own Heart) dan bla.. bla.. bla.. kalau aku nak sebut memang banyak tapi cukup dua tu je.

Entah mengapa waktu itu aku ingin sangat mengenalinya walaupun tika itu aku dalam keadaan sedih, dia amat mesra padaku. Alhamdulillah perkenalan kami berjalan dengan amat pantas sekejap je aku dah sambar dia sebagai buah hatiku... baru aku tahu selama ini ada juga beberapa insan yang cuba memenagi hatinya tetapi tidak berhasil. Aku bersyukur dan berdoa cukup hanya dia sahaja aku tidak mahu org lain selain dia, waktu kerja ku juga amat menggembirakan aku seolah-olah mendapat semula kekuatan yg telah lama hilang. rakan sekerja semua pelik melihatkan perubahanku. Tidak dinafikan benar kata orang cinta itu bukan melemahkan, tetapi ianya menguatkan kita agar kita berusaha untuk orang yang kita sayang.

Wednesday 10 April 2013

Aku Selangkah Dewasa

1 april sudah beberapa hari berlalu, ianya adalah detik gembira buat hati ini yang sudah lama kering, tandus dan terbiar tanpa belaian kasih. Tahun ini 1 april adalah detik gembira buatku kerana ada insan yang teristimewa disampingku.. aku tidak mengharapkan apa-apa hadiah pun, bagiku kehadiran dia disisi amat bermakna itulah hadiah yang aku nantikan selama ini. Terima kasih sayang aku amat menghargainya.