Thursday 30 May 2013

Wanita Isteri dan . . .

Assalamualaikum.

Aku tak mahu cakap banyak hanya ingin meluahkan kisah benar yang berlaku disekeliling kita dan ianya terjadi kepada rakan ku yang lama tak berjumpa.. melalui ceritanya hatiku terdetik untuk menyampaikan sedikit kata mengenai segelintir lelaki yang menganggap perempuan hanyalah peneman tidur sahaja.
Gambar dibawah ini diambil dari salah satu komuniti popular, aku hanya ingin berkongsi gambar ini untuk kita jadikan ingatan samada untuk diri sendiri dan juga kepada para pembaca.
Bukan nak tunjuk pandai tetapi renungkanlah ayat didalam gambar diatas, kepada lelaki diluar sana hargailah isteri anda sayangilah mereka seperti sewaktu kamu menyayangi mereka ketika bercinta dahulu. Masih belum terlambat untuk anda menjadi seorang suami yang baik, ini adalah salah satu tips untuk anda amalkan ketika marah... Bagi yang sudah berkahwin, atau jika anda jenis lelaki yang panas baran..
 semasa marah lihatlah kedalam mata isteri anda lihatlah, apa yang anda nampak? tenunglah mata isteri saat itu dan berhentilah sejenak apa yang anda nampak? adakah isteri anda itu adalah lawan anda? atau musuh anda? atau pesaing anda? jika anda lelaki sejati anda akan faham maksud di setiap soalanku ini.. Iya yang berada didepanmu itu adalah seorang wanita yang punya hati lembut ketakutan dengan sikapmu itu wahai kaum adam. lihatlah betapa takutnya isteri itu diperlakukan sebegitu. Isteri itu bukan lawanmu, musuhmu atau pesaingmu. tetapi isteri itu adalah teman seharianmu sepanjang hidup dan ibu kepada anak-anakmu  jadilah suami yang pelindung. kerana itu tanggungjawap suami yang paling berat. Maaf andai nurkilanku ini mencabar ego mu wahai kaum adam, sekadar menegur sesama kita :)

Tuesday 28 May 2013

Senyumlah Selalu :)

Waalaikumussalam.

Hujan sudah pun berhenti, kini mentari mula menyinari setiap pelusuk negeri sejauh mata memandang. Bunga ku kembali mekar di iringi dengan senyuman menawan.
Hmm tak kisah lah warna apa pun yang penting aku menyintaimu. Boling bagi chance ye? ok kita repeat haha, room rahsia tu biarlah rahsia ok? ;)

Kalau nak ke zoo boleh je.. nak pergi tengok nemo? itu pun boleh juga saya akan sentiasa menemanimu :)
syg juga telah mengembalikan senyuman diwajahku.. marilah bersama kita menuju kebahagiaan.. terima kasih bungaku kerana selama di uji begini, masih terus hidup dan tumbuh mekar :)

Kini aku tersenyum kembali... sayangku yell 




Tuesday 21 May 2013

Sekadar renungan untuk diri saya.. orang yang saya cintai dan saudara-saudara seagamaku




Sebidang Tanah

Tanah ini dahulunya berbunga
dijaga dan dibajai dengan kasih sayang
disirami setiap hari
hati ini girang melihat bunga menari
meliuk lentuk ditiup angin
bukan satu malah beribu
alangkah indahnya waktu itu
namun semua itu hanyalah kenangan
kini walupun di semai benih
dibajai dengan jerit perih
ianya tetap tak berbunga
lantaran hujan yang berpanjangan
aku tidak berputus asa
hujan rahmat sudah turun 
kuharap sinar mentari akan menyuluh
menerangi tanah kontang ini
dan tumbuhlah bungaku

kembali memenuhi tanah ini
aku menantimu dan merinduimu

Thursday 16 May 2013

AKU TETAP DISINI BERTAHAN

Sayang andai masih kau ingat suatu waktu dahulu kita pernah berjanji akan pertahankan cinta ini, biar apa pun yang melanda kita tetap bersama berdiri kukuh dan teguh. Akan kita tangkis segala tohmahan dan ancaman yang memang hendak melihat kita tewas dan gugur jatuh, musuh kita sentiasa mencari peluang untuk menguburkan cinta kita. Tetapi mereka tidak berani menentangku jadi mereka terus pergi kearahmu, ya sayang untuk menghancurkan cinta kita mereka tahu dimana kelemahanku, tidak lain dan tidak bukan adalah sayang. Harus di ingat sayangku aku masih tetap berdiri kukuh disini dan aku memerlukanmu bagunlah dan berdiri bersamaku kembali... jangan biar anasir-anasir jahat ini menjatuhkan kita kerana aku keseorangan serta memerlukanmu kamulah jiwaku, kamulah semangatku dan kamulah nyawaku. Sayang sedarlah aku merayu padamu jangan biarkan mereka ini tertawa puas, ayuh bangkit dan tentang mereka jangan benarkan hatimu diracuni oleh pemikiran dan tohmahan mereka.. tolonglah daku. Sesungguhnya aku sangat-sangat memerlukan kamu sayangku. Jangan biarkan aku keseorangan begini sayang, sedarlah..

Wednesday 15 May 2013

Dengarlah Kataku Ini Sayangku

Hari ini aku tersentap dengan pengacau suasana, maksud aku perosak suasana.. sedang aku bergembira dengan insan yang aku cintai tiba-tiba sidia terus poof tinggalkan aku termanggu sendirian. aku yang terkejut tak tahu apa puncanya mula kaget. Mula-mula aku call dua kali tapi sidia tak angkat, kemudian aku mesej baru dia reply rupanya sidia salah anggap pada aku. Sidia ingat aku suka sangat dengan pengacau tu, sedangkan aku pada waktu itu aku menunggu sidia dengan sabar. Tapi perosak itu lah yang menjadi puncanya... aku takkan maafkan kamu wahai perosak suasana. Pengacau janganlah kamu ganggu aku lagi, sedangkan masa kamu diberi pilihan samada aku atau org lain, kamu perosak memilih org lain.. jadi aku berjanji takkan mengganggu kamu lagi. Tetapi kenapa setelah org itu tolak kamu dan dengan muka tak tau malu kamu datang terhegeh-hegeh dekat aku menganggu? Tolonglah jangan ganggu aku lagi otak kau letak kat mana ha??? tak faham bahasa ke? aku boleh hormat kau wahai pengacau tetapi bila aku sedang gembira dengan insan yang tersayang kenapa kamu hendak ganggu hubungan kami wahai pengacau? Kepada sidia insan yang aku sayang janganlah begini aku menyayangi mu, aku tak sanggup kehilanganmu sayangku, hanya kamu sahaja yang aku mahu balaslah mesejku dan jumpalah aku. AKU TAK SANGGUP KEHILANGANMU SAYANG LOVE U SO MUCH

Sunday 5 May 2013

Sayangku

 Beberapa minggu yang lepas, aku ada menghadiri upacara akad nikah kawan sekerja. Bila melihatkan suasana ceria sebegitu hatiku pula teringin berada di tempat seperti dia... manakan tidak, hari itu status kita telah berubah dari single to married dgn org yg kita sayang sangat-sangat. Aku pun berdoa di dalam masjid tempat berlakunya upacara akad nikah tersebut. Alhamdulillah hubungan kami bertambah rapat aku begitu menyayangi dan menyintainya dan aku tidak sanggup kehilangannya. tetapi sidia mengatakan ada seseorang yang tidak dikenali ingin berkenalan dengannya melalui handphone, hatiku saat itu sudah mula dilanda ribut. Aku resah, gelisah dan takut yang amat sangat, takut kehilangan dia. Sayangku jika kamu membaca tulisanku ini ketahuilah yang aku amat menyintai kamu sepenuh hati dan aku jujur-sejujurnya tiada orang lain selain kamu sayang