Thursday 11 April 2013

Kita Saling Memerlukan

12 tahun ya.. 12 tahun aku tidak merasa nikmat cinta kalau pun ada ianya sekadar untuk mengisi masa lapang... nama sahaja ada teman (special someone) tetapi indah khabar dari rupa. Aku rasa kosong.. kosong dan selama itulah kerja ku dirasakan satu beban bukan ibadah dan bukan keperluan.

Liku-liku hidupku sama sahaja setakat ini pagi pergi kerja dan petang balik rumah dan kemudian tiada apa-apa aktiviti yang berlangsung. Kawan ajak keluar pun aku tolak haha.. iyalah aku selesa begitu menyendiri. Tapi kita hanya mampu menduga tanpa mengetahui apa yang akan terjadi sebentar nanti, dan ianya memang mengubah pendirianku selama ini (Single Is Better) atau (I Don't Need You're Heart I've My Own Heart) dan bla.. bla.. bla.. kalau aku nak sebut memang banyak tapi cukup dua tu je.

Entah mengapa waktu itu aku ingin sangat mengenalinya walaupun tika itu aku dalam keadaan sedih, dia amat mesra padaku. Alhamdulillah perkenalan kami berjalan dengan amat pantas sekejap je aku dah sambar dia sebagai buah hatiku... baru aku tahu selama ini ada juga beberapa insan yang cuba memenagi hatinya tetapi tidak berhasil. Aku bersyukur dan berdoa cukup hanya dia sahaja aku tidak mahu org lain selain dia, waktu kerja ku juga amat menggembirakan aku seolah-olah mendapat semula kekuatan yg telah lama hilang. rakan sekerja semua pelik melihatkan perubahanku. Tidak dinafikan benar kata orang cinta itu bukan melemahkan, tetapi ianya menguatkan kita agar kita berusaha untuk orang yang kita sayang.

Wednesday 10 April 2013

Aku Selangkah Dewasa

1 april sudah beberapa hari berlalu, ianya adalah detik gembira buat hati ini yang sudah lama kering, tandus dan terbiar tanpa belaian kasih. Tahun ini 1 april adalah detik gembira buatku kerana ada insan yang teristimewa disampingku.. aku tidak mengharapkan apa-apa hadiah pun, bagiku kehadiran dia disisi amat bermakna itulah hadiah yang aku nantikan selama ini. Terima kasih sayang aku amat menghargainya.