Monday 22 July 2013

Sebening Ramadhan

     Hari ini sudah 2 minggu umat islam menjalani ibadah puasa, aku yang pada waktu ini ada kelapangan duduk melepak di shopping kompleks. Bukan apa saja hendak menghabiskan masa sambil menunggu waktu berbuka puasa. Berbagai gelagat dan ragam yang dapat dilihat pada waktu ini, ada yang berjalan dengan rakan-rakan sambil ketawa terkekeh-kekeh...yang bersama keluarga pun ada juga, tak kurang juga yang jalan berseorangan. Cara berpakaian juga beraneka warna, ada yang berlitup habis dan ada juga yang terdedah sana-sini. Ramai juga yang keluar ada yang membeli baju... membeli persediaan untuk hari raya dan ada juga yang membeli alatan-alatan elektronik, jenis yang ni aku tahu sangat biasalah orang muda (lelaki) macam aku juga beberapa tahun yang lepas... kalau yang perempuan lak mesti tak lepas dgn baju kurung beberapa pasang... tak cukup sehelai hehe.
   
      Terpancar diwajah masing-masing riak kegembiraan, al maklumlah puasa sudah pun masuk ke pertengahan dan masih berbaki 17 hari sahaja lagi....kemudian seluruh umat islam akan meraikan hari kemenangan dengan tibanya 1 syawal. Meriahkan suasana puasa nak pulak bila menjelang hari raya semuanya menguntum senyum termasuk juga aku hehe. Tapi itu aku yang dahulu....iya aku yang dahulu sama juga seperti mereka gembira, teruja dan tak sabar menanti tibanya hari raya. Sekarang, hari ini 22 julai 2013 genap 13 hari kita berpuasa. Aku masih disini duduk dengan jiwa yang kosong, syawal yang bakal tiba tak lama lagi tidak ada maknanya bagiku. Aku kesunyian...sepi tanpa insan-insan yang pernah aku sayangi suatu masa dahulu, mereka ialah arwah datukku, arwah ayahku dan juga arwah nenekku. Sekarang yang ada hanyalah emak aku dan adik-beradikku yang lain, bukannya aku tak bersyukur tetapi jiwaku dan suasana rayaku terasa sepi dan sangat kosong. Sudahlah baru-baru ini aku ditinggalkan kekasih yang curang. Aku ingat dengan kehadiran dia akan kembali memberi sinar pada lembaran ini tetapi harapan hanya tinggal harapan....tidak putus-putus ujian yang engkau berikan, namun aku redha ya Allah adakah sinar kebahagiaan untukku dimasa hadapan yang hanya menumpang dibumi bertuah milikmu ini? (Al-fatihah buat ketiga-tiga insan yang aku sayangi moga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman amin).


   

Tuesday 9 July 2013

Tikam



Setelah berbulan lamanya kita kenal baru sekarang kau berubah hati, aku ingatkan tiada lagi kesakitan tetapi... Kau katakan yang kau tidak boleh melupakan orang yang kau cintai sedangkan orang itu hanya menganggap kau sebagai kawan tidak lebih dari itu. Sedarlah selama bertahun lamanya kau bertepuk sebelah tangan fikirlah sayang jika dia membalas cintamu bukan sekarang tetapi dari dulu lagi... lupakanlah dia kerana kau boleh berbuat begitu... untuk apa mengharap pada org yg tak sudi menerimamu tetapi kau tak mau. aku tanya kenapa? untuk apa? kau sedar yang dia takkan menjadi milikmu sedangkan aku ada disini menyintaimu sepenuh hati dan aku telah hadir di dalam hidupmu tetapi kau masih lebihkan dia. Kau kata tak pernah ada perasaan cinta padaku, kau tipu....kau dusta, aku tau kerana aku melihat kau bahagia dengan aku, kau berubah disaat menerima pesanan dari dia. Sayang aku takkan tinggalkan kau walau macamana sekali pun kerana itu janji aku, ops silap itu janji kita yang mana kita akan pertahankan hubungan ini. Andainya kau terus memilih dia ambil lah pisau dan tusuklah ke dadaku dengan matamu bertentangan mataku lihatlah kedalam mataku disaat kau menusuk pisau itu dan ludahlah muka ku dengan kebencian, aku redha dan rela diperlakukan begitu daripada kau memilih dia.