Tuesday 9 July 2013

Tikam



Setelah berbulan lamanya kita kenal baru sekarang kau berubah hati, aku ingatkan tiada lagi kesakitan tetapi... Kau katakan yang kau tidak boleh melupakan orang yang kau cintai sedangkan orang itu hanya menganggap kau sebagai kawan tidak lebih dari itu. Sedarlah selama bertahun lamanya kau bertepuk sebelah tangan fikirlah sayang jika dia membalas cintamu bukan sekarang tetapi dari dulu lagi... lupakanlah dia kerana kau boleh berbuat begitu... untuk apa mengharap pada org yg tak sudi menerimamu tetapi kau tak mau. aku tanya kenapa? untuk apa? kau sedar yang dia takkan menjadi milikmu sedangkan aku ada disini menyintaimu sepenuh hati dan aku telah hadir di dalam hidupmu tetapi kau masih lebihkan dia. Kau kata tak pernah ada perasaan cinta padaku, kau tipu....kau dusta, aku tau kerana aku melihat kau bahagia dengan aku, kau berubah disaat menerima pesanan dari dia. Sayang aku takkan tinggalkan kau walau macamana sekali pun kerana itu janji aku, ops silap itu janji kita yang mana kita akan pertahankan hubungan ini. Andainya kau terus memilih dia ambil lah pisau dan tusuklah ke dadaku dengan matamu bertentangan mataku lihatlah kedalam mataku disaat kau menusuk pisau itu dan ludahlah muka ku dengan kebencian, aku redha dan rela diperlakukan begitu daripada kau memilih dia.

No comments:

Post a Comment