Thursday 30 May 2013

Wanita Isteri dan . . .

Assalamualaikum.

Aku tak mahu cakap banyak hanya ingin meluahkan kisah benar yang berlaku disekeliling kita dan ianya terjadi kepada rakan ku yang lama tak berjumpa.. melalui ceritanya hatiku terdetik untuk menyampaikan sedikit kata mengenai segelintir lelaki yang menganggap perempuan hanyalah peneman tidur sahaja.
Gambar dibawah ini diambil dari salah satu komuniti popular, aku hanya ingin berkongsi gambar ini untuk kita jadikan ingatan samada untuk diri sendiri dan juga kepada para pembaca.
Bukan nak tunjuk pandai tetapi renungkanlah ayat didalam gambar diatas, kepada lelaki diluar sana hargailah isteri anda sayangilah mereka seperti sewaktu kamu menyayangi mereka ketika bercinta dahulu. Masih belum terlambat untuk anda menjadi seorang suami yang baik, ini adalah salah satu tips untuk anda amalkan ketika marah... Bagi yang sudah berkahwin, atau jika anda jenis lelaki yang panas baran..
 semasa marah lihatlah kedalam mata isteri anda lihatlah, apa yang anda nampak? tenunglah mata isteri saat itu dan berhentilah sejenak apa yang anda nampak? adakah isteri anda itu adalah lawan anda? atau musuh anda? atau pesaing anda? jika anda lelaki sejati anda akan faham maksud di setiap soalanku ini.. Iya yang berada didepanmu itu adalah seorang wanita yang punya hati lembut ketakutan dengan sikapmu itu wahai kaum adam. lihatlah betapa takutnya isteri itu diperlakukan sebegitu. Isteri itu bukan lawanmu, musuhmu atau pesaingmu. tetapi isteri itu adalah teman seharianmu sepanjang hidup dan ibu kepada anak-anakmu  jadilah suami yang pelindung. kerana itu tanggungjawap suami yang paling berat. Maaf andai nurkilanku ini mencabar ego mu wahai kaum adam, sekadar menegur sesama kita :)

No comments:

Post a Comment